Microsoft Paint

3 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Oktober (Jumaat), telah diadakan Kelas Microsoft Paint bersama belia Kampung Skio. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap kefahaman belia dalam pengolahan gambar dan lukisan. Kelas ini diadakan bagi melatih belia supaya mahir dalam melukis dan mewarna menggunakan Microsoft Paint mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu, kelas ini juga memberi pendedahan kepada para belia cara menggunakan Microsoft Paint supaya lebih mahir dalam bidang melukis dan mengedit gambar. Kelas ini diadakan selama 2 jam (2.30 – 4.30 petang) dan dikendalikan oleh penolong pengurus Pusat Internet Skio iaitu Mrs. Filadelfia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali